ASSALAMUALAIKUM !
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib kita,
Merenung jauh mereka di sana penuh keseronokan dan
kegembiraan.
Namun, kita masih tak sedar erti kebahagiaan yang
sebenar-benarnya. Ramai orang tersalah sangka akan maksud ketenangan dalam hidupnya,
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan factor harta, faktor kekayaan
tetapi itu bukan segala-galanya.
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah
yang besar, tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak atau pun
lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di dalam pondok.
Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita. Ada orang yang di hadapanya
hidangan yang hebat or enak, lauk yang bagus tapi lidahnya tidak enak, lebih
enak orang yang makan kadang-kadang hnya makan satu atau dua lauk sahja, tapi
lidahnya lebih enak
Kata hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan
nikmat. Semua orang sangka yang kalau ada rumah besar, makanan yang enak sudah
pasti orang itu hidupnya bahagia dan tenang. Belum tentu ! tiada siapa yang
mampu menghalang ketetapan Allah .
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan
kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika
Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh
apa-apa sekalipun. Jika Allah uruskan urusan
kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip
mata, dunia boleh bebuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran
Allah.
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas kita akan
melihat kemenangan di sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, allah akan
memberikan keutungan di jalan yang manusia tidak sangka tetapi Allah boleh
mewujudkan keajaiban dalam kehidupannnya
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah,
tengoklah dunia, manusia hilang benda tetapi macam hilang segala-galanya. Cuba
renung ! berapa bnyak musibah yang kita lalui dalam keperitan hidup. Cuba ingat !
Ketika kita kena keperitan, kita rasa tidak dapat keluar daripda lubang masalah
itu. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika ditimpa musibah tertentu, mesti kita kata “Habislah aku kali ini”. Tapi
usia kita tetap berjalan, kita masih hidup dan makan dan menikmati kurniaan
hidup ini.
ketika kita kata, “ Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah
aku, aku susah ya Allah”. Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu, dan
kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yang
telah ditentukan Allah keluarkan kita daripadanya. Kata Allah iman dia tambah.
Bukan kita kata “ pasal apa Allah benci aku ? Apalah dosa aku ? Tidak, Tidak !
pengalaman sering mematangkan kita, siapa yang tidak
melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah melaluinya,
akan tahu akan keajaibannya, bila hati insan bulat kata “ya Allah aku serahkan
urusan ini kepada mu ya Allah “
kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat.
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia
ini snagat kecil, kehidupan itu sangat luas. Allah bawa pada hari akhirat,
manusia yang paling derita dalam dunia, Allah ambil dia dan allah masukkan dia ke
dalam syurga, dia dimasukkan dan dicelupkan ke dalam syurga, kemudian ditanya “
wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam kehidupan” dia kata “ tak ! aku
tak pernah derita pun dalam hidup ini” hanya kerana masuk sekelip mata dalam
syurga, lupa semua derita,
~life must go on ~

No comments:
Post a Comment